Kenali Ciri-ciri Skim Cepat Kaya Emas

Sejak dari tahun 2012, ketika harga emas mula naik mencanak iaitu RM180/per gram rakyat Malaysia telah tertipu secara berjemaah hingga kerugian jutaan melalui Skim Cepat Kaya Bertopengkan emas.

Skim Cepat Kaya merupakan skim memanipulasikan sebahagian individu yang kurang ilmu untuk melaburkan kepada penganjur dengan janji wang akan dikembalikan berserta pulangan faedah keuntungan yang tinggi dan luar biasa. Ia juga dikenali sebagai Skim Ponzi yang diambil sempena nama pengasanya, Charles Ponzi.

Modus operandi yang digunakan penganjur ialah dengan menawarkan pelaburan emas yang tidak wujud sehingga mendorong orang ramai memasukkan wang ke dalam akaun mereka.

Disebabkan mahu cepat kaya, kurang ilmu, tamak haloba, impikan pulangan bulanan tetap dibayar dan tinggi serta terpedaya dengan janji-janji manis kononnya akan hidup senang tanpa bekerja, ramai yang gelap mata biarpun tanpa bukti.

Justeru bagi mengelakkan anda menjadi mangsa; Kenali Ciri-ciri Skim Cepat Kaya Emas:

1. Keuntungan Tidak Masuk Akal

Menjanjikan keuntungan mencecah 70% – 100% dalam tempoh setahun. Kalau difikirkan secara logik, memang tak masuk akal. Jika dibandingkan pulangan dengan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Hibah Tabung Haji (TH) pun tidak setinggi itu. Ramai di kalangan masyarakat tewas dengan tawaran untung besar ini.

2. Terma Pelaburan Sentiasa Berubah-ubah

Terma dan syarat untuk menyertai skim pelaburan emas sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Perjanjian berat sebelah dan lebih berpihak kepada penganjur berbanding pelabur itu sendiri.

3. Produk Bukan Subjek Penting

Produk bukan subjek penting dalam skim pelaburan emas tersebut. Yang penting letak duit, akan dapat pendapatan tetap setiap bulan. Laba yang diperolehi tiada kaitan dengan turun naik harga emas di pasaran dan jumlah kuantiti emas.

4. Punca Keuntungan Kabur

Hampir kesemua penganjur skim cepat kaya mengelak untuk mendedahkan sumber keuntungan lumayan yang diperolehi dan dijanjikan itu. Yang pasti jawapannya, kabur dan sukar difahami. Beza dengan pelaburan yang sah anda akan diketahui punca sumber keuntungan yang diperolehi berdasarkan laporan kewangan yang diaudit dan sebagainya.

5. Kaedah Marketing Meragukan

Kaedah pemasaran yang digunakan untuk menarik dan memancing masyarakat menyertai skim pelaburan adalah dengan penampilan imej yang stailo dan life style mewah yang luar biasa. Kereta mewah dan kekayaan yang dipamerkan sekadar umpan untuk menarik orang ramai melabur dalam skim tersebut.

Hanya ilmu sahaja boleh mencegah risiko kehilangan duit kita daripada ditipu dengan skim cepat lingkup ini. Nak selamat? Pilih saja emas jenama yang diyakini seperti emas Public Gold.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *