Kisah Wang Pokok Pisang Jepun Yang Tiada Nilai

Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942 – 1945 , kerajaan Jepun memperkenalkan matawang pokok pisang di Tanah Melayu.

Ketika itu, pihak tentera Jepun dengan sewenang – wenangnya mengeluarkan wang kertas tanpa had, hingga menyebabkan kadar inflasi yang tinggi. Malah wang kertas Pokok Pisang ini sangat mudah dipalsukan kerana ketiadaan nombor siri. Ini secara langsung mengakibatkan kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu.

Disebabkan inflasi yang tinggi, penduduk Tanah Melayu tak mampu membeli barang – barang asas. Hingga atuk dan nenek kita dulu hanya mampu meneruskan hidup dengan makan ubi kayu dan bubur nasi je. Aduhai…

Pada tahun 1945, Jepun telah dikalahkan oleh British, dan duit pokok pisang ni telah digugurkan dari udara sebagai tanda kekalahan Jepun.
Apa jadi pada semua duit pokok pisang dalam simpanan penduduk Tanah Melayu? Daripada wang menjadi hanya sekeping kertas yang tidak bernilai.

Yang lebih malang, ada juga penduduk Tanah Melayu yang duduk di kawasan pedalaman yang tak tahu berita kekalahan Jepun. Ketika ini datanglah beberapa orang malaun yang bawak berguni – guni duit pokok pisang untuk dijual dan ditukar dengan tanah ladang – ladang getah. Melalui matawang, dua kali malang.

Ini menjadikan ada penduduk Tanah Melayu memiliki berguni – guni duit matawang pokok yang nilainya sifar. Sejak itulah, sebahagian besar nenek moyang kita mula menabung sebahagian di dalam bentuk emas. Supaya, tidak lagi mengalami musibah begini.
Dalam kebanyakan masa, emas penyelamat harta ketika musibah. Jangan cakap emas ini untuk orang kaya – kaya je okay? Sekarang ini dengan duit 100 ringgit pun kita boleh simpan emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *