Berhati-hatilah Membeli Emas Secara Online

Bisnes online berkembang secara luar biasa melalui platform e-commerce dan menjadi trend zaman sekarang. Ia sekaligus menjadikan medium e-dagang sebagai pilihan utama para pengguna. Ramai yang membeli emas secara atas talian disebabkan tawaran harga istimewa dan emas lelong harga murah yang memikat masyarakat.

Peningkatan pembelian emas terutama secara dalam talian naik mendadak sejak negara berada dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid- 19 bermula pada Mac tahun 2020.

Banyak bantuan, kelonggaran pengeluaran KWSP dan insentif yang diberikan kerajaan kepada rakyat seperti i- Sinar, i-Citra, Moratorium dan bantuan kewangan lain menyebabkan rakyat, memiliki extra cash atau tambahan wang di tangan. Selain terdapat kekangan untuk pergi ke kedai emas jadi pembelian secara online adalah pilihan terbaik.

Malah ramai yang mengambil peluang dengan kenaikan/kejatuhan harga emas dunia untuk menyimpan emas sama ada berbentuk goldbar atau barang kemas pada musim PKP ini. Peluang itu digunakan oleh scammer untuk memasang perangkap bagi menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud.

Sebanyak 37 kes penipuan jualan barang kemas atas talian yang membabitkan kerugian RM238,530 direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama bagi tahun 2021. Kadar kes dikatakan terus meningkat sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Scammer menggunakan pelbagai kaedah untuk mengaburi mata masyarakat dengan memuat naik video, gambar produk dan testimoni pelanggan yang menarik di sosial media. Kaedah terbaru menggunakan Insta Famous untuk menarik followers mereka membeli. Scammer juga turut membeli followers atau membeli akaun yang ramai followers untuk scam mangsa kononnya mereka adalah trusted dan mempunyai banyak testimoni.

Nasihat saya? Elak beli di platform online termasuk media social yang diragui. Nak selamat, beli barangan mahal seperti emas? Beli sahaja daripada jenama yang telah bertahun-tahun diakui integriti seperti Public Gold. Tak payah modal besar pun! Mulakan serendah RM100 menabung secara berdisplin dan berdikit.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *