Saya kira wanita adalah golongan yang sinonim dengan emas. Kalau tak, takkanlah wujud filem Mami Jarum satu ketika dulu kan? Mak-mak dan nenek moyang kita memang sangat arif tentang nilai emas. Bila ada peluang mereka pastinya menambah koleksi sehingga menjadi hobi. Dikumpul emas sehingga berpuluh-puluh jenis yang mungkin mencecah berkilogram beratnya.

Nenek moyang kita sangat faham bahawa di dalam situasi kecemasan yang perlu wang segera, emas yang mereka simpan boleh digadai atau dipajak bila-bila masa. Kecairan emas adalah sama laju seperti wang tunai.

2020 telah menjadi tahun yang takkan kita lupakan dimana Covid-19 telah menyerang seluruh dunia dan telah menyebabkan ramai yang terjejas pendapatan malah tak kurang juga yang hilang sama sekali punca pendapatan.

Bagi mereka yang menjadikan simpan emas sebagai kemestian seolah-olah hobi, dalam situasi sukar, pastinya emas itu menjadi ‘talian hayat’ buat mereka. Dianggarkan simpanan emas 999 sebanyak 200g mampu menampung kos sebuah keluarga kecil untuk survive sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sekiranya mereka hilang punca pendapatan. Jadi mereka akan ada sedikit ‘masa kecederaan’ untuk memulakan bisnes atau mencari pekerjaan lain.

Keseronokan atau hobi menyimpan emas telah menyelamatkan kekayaan penyimpannya. Penyimpan semakin berdisiplin dan kekayaan semakin bertambah!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *