Perbezaan Penyimpan dan Pelabur Emas

“Apa beza penyimpan dan pelabur emas? Kau penyimpan atau pelabur emas, weh?”, soal rakan sepejabat saya.

“Aku penyimpan emas. Pencinta setiaaaa… Aaaaagitchuuuu”, jawab saya dengan ringkas.

Benar, saya akui terma simpanan emas dan pelaburan emas sering mengelirukan kita. Nampak cam sama tapi tak serupa sebenarnya.
Contoh macam penjual durian dengan pekebun durian. Kan berbeza tu?

Analogi mudah begini :

Penyimpan emas ni ibarat macam pekebun durian. Hujan ke panas ke, kita tetap tanam dan semai pokok-pokok durian. Yang penting, kuantiti dan kualiti durian ni mesti bertambah dari tahun ke tahun. Sebab pekebun durian ni tahu sampai satu masa nanti, durian-durian ni akan dijual untuk pulangan yang lazat.

Orang yang tanam durian, mana ada tanam arini jual esok, kan? Sekurang-kurangnya lebih lima tahun. Fokus penanam durian adalah KUANTITI DAN TEMPOH MASA.

Pelabur emas ni pulak macam penjual durian. Soal kuantiti dan tempoh masa berada di nombor dua. Bagi mereka yang penting adalah HARGA. Kalau supplier A jual mahal, peniaga durian akan pergi kat supplier B. Beli harga rendah, kemudian jual harga tinggi. Pelabur melihat keuntungan dari sudut nilai matawang.

Bagi peniaga, kalau dah habis musim durian atau banyak sangat dah penjual durian (sebab keuntungan nipis dan tak boleh nak main harga), peniaga akan beralih kepada jual rambutan ke, manggis ke, mata kucing ke…

Ok. Korang faham ke tuuuu?

Baik kawan, meh saya bagi penerangan sikit supaya kita semua lebih faham dan menggunakan terma yang tepat dan jitu ye.
Simpanan emas bermaksud kita upgrade duit menjadi emas. Objektif penyimpan emas adalah memperbanyakkan gram emas. Makin banyak gram emas, makin dia suka. Soal harga adalah nombor dua, yang penting kuantiti emas semakin bertambah. Penyimpan emas mempunyai time frame yang panjang (3 tahun ke atas).

Penyimpan emas cuma aktif membeli emas dan sangat tidak aktif menjual. Hanya jual bila dah capai matlamat simpanan, ketika kecemasan atau nak upgrade kepada asset fizikal yang lain (Contoh rumah, tanah, rumah kedai, dsb). Datang la ribut taufan ke, puting beliung ke, kucing bertukar jadi harimau ke, gajah boleh terbang kat udara ke, penyimpan emas tak kisah apa jadi. Janji fokus nya adalah KUANTITI EMAS BERTAMBAH.

Strategi pelabur emas pulak adalah orang yang membeli emas dengan matlamat utama untuk dapat keuntungan dari kenaikan harga emas. Pelabur emas aktif dengan aktiviti beli-jual. Secara am nya, pelabur emas faham tentang analisis teknikal harga emas (contoh macam support, resistance, trend dan momentum).

Dia aktif membandingkan kenaikan harga emas dengan % keuntungan jika letak duit kat instrumen pelaburan yang lain (contoh macam ASB, Tabung Haji, unit amanah, saham, property dan lain-lain). Kalau trend emas jatuh, pelabur emas akan exit gold dan pergi lepak kat investment lain.

Haaa lebih kurang begitulah serba sedikit. Clear kan? Tak kisah pun sebenarnya anda penyimpan atau pelabur, jom bermula di cabang emas!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *