Sama tapi tak serupa, terma antara pelabur dan penyimpan sering kali mengelirukan pelanggan emas. Ramai yang tidak dapat membezakan antara posisi pelabur dan penyimpan emas.
Penyimpan bermaksud, anda telah menukarkan duit menjadi emas. Menyimpan emas fokus pada penambahan gram emas dalam simpanan sedikit demi sedikit secara konsisten tanpa terlalu fokus pada naik turun harga emas bagi mencapai matlamat.
Contohnya, simpanan emas 1 gram 1 bulan untuk 1 keluarga. Selepas setahun ada sudah ada 12 gram. Penyimpan emas yang bermatlamat mempunyai target dan durasi masa untuk menyimpan emas dalam tempoh yang panjang biasanya 3 tahun ke atas.
Terdapat juga penyimpan yang aktif membeli emas tapi tidak aktif menjual. Mereka adalah penyimpan emas tegar. Tujuan penyimpanan adalah untuk memperbanyakan gram emas. Kebanyakan mereka tidak mempunyai modal yang besar.
Manakala pelabur emas perlu membeli emas dalam gram yang besar untuk memaksimumkan keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Mereka miliki emas dengan bajet yang besar iaitu 100 gram sehingga 1 kilogram.
Pelabur perlu fokus pada naik turun harga untuk memastikan bila masa terbaik untuk membeli dan menjual emas. Memiliki emas tidak dalam tempoh masa yang terlalu lama dan sesuai untuk mereka yang mahir dalam pelaburan .
Strategi pelabur emas berbeza dengan penyimpan emas. Pelabur emas konsisten membeli dan membuat tambah pelaburan bila harga turun. Aktiviti jual beli emas begitu aktif dan mereka juga ada ilmu tentang analisa teknikal tentang emas.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas