Menjana Pendapatan Dari Simpanan Emas?

Satu fakta yang nyata adalah emas tidak ada pendapatan berbentuk dividen. TIDAK ADA! Asasnya, untung dalam pelaburan emas hanya beli harga rendah, dan jual bila harga tinggi. Kena faham tu. Kalau hendak jana pendapatan daripada emas, caranya cuma ada satu sahaja iaitu berniaga emas dengan menjadi ejen syarikat emas.

Jika ada sesiapa yang cakap dengan simpan emas anda boleh menjana pendapatan bulanan atau tahunan, silalah azankan mereka, angkat kaki dan lari cepat-cepat! Itu adalah pasti skim cepat kaya bertopengkan emas. Ya, mark my words. Mereka adalah PENIPU BESAR yang acah nak membantu kononnya.

Saban tahun, sudah terlalu banyak skim emas yang menawarkan pendapatan bulanan terbukti kesemuanya lingkup dan ke laut. Tidak sampai tiga tahun semuanya berkubur. Emas yang dijanjikan entah ke mana, duit pun lesap begitu sahaja! Sedihhhh, bukan?

Kalau betul-betul nak menjana pendapatan yang besar mesti berniaga emas. Jadilah ejen syarikat emas yang mempunyai track rekod dan reputasi yang baik. Sebab apa? Sebab sambil simpan dan melabur dalam emas, kita boleh juga menjana pendapatan sampingan! Maknanya apa? Maknanya keuntungan pasti lebih baik dan lebih cepat daripada menunggu kenaikan harga emas.

Kita tahu modus operandi pelabur emas hanya untung apabila beli harga rendah dan jual harga tinggi. Manakala peniaga emas pula untung daripada setiap transaksi sama ada ketika menjual mahupun membeli emas. Sementara menanti harga naik, kita boleh jana pendapatan atas transaksi jual beli itu.

Benda simple je adik kakak. Begini – harga emas naik kita untung atas simpanan emas. Harga emas turun untungnya lebih besar melalui insentif jualan emas yang lebih banyak sebab itulah waktu pembeli emas menambah simpanannya dengan lebih banyak. Kita dibayar insentif atas asbab mendidik dan menjadi pemudah cara orang lain untuk membeli emas.

Tapi kena ingat, sebaiknya kita perlu menjadi peniaga emas yang berilmu. Bukan setakat ‘tangkap muat’ sahaja. Dan mendapatkan ilmu ini memerlukan proses. Dan proses memerlukan masa. Dan mengorbankan masa adalah satu perjuangan!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *