Ramai di kalangan kita apabila membuat pelaburan akan menyerah dan mempercayai sepenuhnya kepada pihak agen mengendalikan pengurusan kewangan tersebut. Sering berlaku kebocoran duit kerana kebergantungan sepenuhnya kepada pihak agen untuk mengawal dan memastikan keuntungan bagi pelaburan itu, tanpa ada usaha daripada diri kita untuk belajar menguruskan pelaburan tersebut.
Robert Kiyosaki menyatakan agen produk kewangan sebagai broker. Menyerahkan duit bulat-bulat kepada broker akan menyebabkan kewangan kita menjadi broke.
Agen bagi mana-mana pelaburan mempunyai matlamat untuk mengejar komisyen bagi setiap jualan. Sebarang risiko terhadap pelaburan sama ada untung atau rugi bukan menjadi tangggungjawab mereka.
Begitu juga dengan pelaburan emas, pelabur perlu ada inisiatif untuk belajar dan mempunyai ilmu tentang pelaburan emas yang dibuat mengikut kesesuaian bajet dan target dalam mencapai matlamat.
Pelabur emas perlu mengetahui asas pelaburan emas yang dibuat dengan mencari ilmu melalui membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video melalui Tik Tok, Youtube tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas. Pelabur tidak boleh menyerah bulat-bulat pada dealer emas untuk pelaburan sendiri. Sebenarnya, lagi banyak ilmu yang perolehi, lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.
Jika tiada inisiatif untuk belajar dan memahami asas pelaburan dan hanya ikut-ikutan biasanya anda tidak akan konsisten dalam menyimpan emas. Dan akhirnya anda akan merasa kecewa dan beranggapan emas tidak memberi keuntungan dan terus berhenti menyimpan emas.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas