Apabila melibatkan diri dalam pelaburan emas, ketahuilah posisi sebenar supaya kita boleh maksimumkan keuntungan.
Kita ini berada di dalam posisi penyimpan, pelabur atau peniaga emas? Jom, saya beritahu anda ciri-ciri supaya anda boleh mengenalpasti anda kategori yang maya :
1) Posisi penyimpan : Fokus kepada pertambahan gram emas. Ada sahaja duit lebih untuk simpanan jangka panjang tukarkan kepada gram emas. Tidak kisah harga naik atau turun yang penting kepingan emas atau gram emas bertambah. Apabila harga emas turun waktu itulah bonus untuk posisi penyimpan emas untuk memborong emas dengan harga diskaun.
2) Posisi pelabur : Fokus kepda nilai RM. Pelabur akan membeli emas dan apabila harga emas naik mereka akan jual untuk mendapat keuntungan.
Contoh modal RM 25,000 untuk mulakan belian emas, dapat 100g emas. Setelah berlaku kenaikan harga emas , harga emas mencecah kenaikan 10% iaitu RM27,5000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual.
Pelabur akan dapat keuntungan RM2,500 melalui pusingan tadi. Selepas itu pelabur akan ulang balik langkah yang sama bagi memaksimakan keuntungan.
3) Posisi peniaga : Bagi sesiapa yang hendak menambah gram sekaligus memaksimumkan RM, posisi terbaik adalah menjadi dealer atau ejen syarikat emas. Dealer emas , dapat menambahkan simpanan emas dan menjana RM hasil dari perniagaan emas. Emas bertambah , duit pun makin bertambah.
Dalam setiap posisi yang dipilih, tentukan matlamat dan penetapan fokus adalah penting. Fokus yang betul dan tepat akan membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jayanya. Ynag menjadikan kita kaya bukan emas, tetapi ilmu emas.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas