Penyimpan Emas Berilmu Sentiasa Happy

Kenapa kita tengok penyimpan emas relax-relax jer? Ini adalah kerana, penyimpan emas yang berilmu sentiasa tenang. Harga naik dia happy, harga turun, dia tetap happy. Persoalannya… Kenapa?

1) Penyimpan emas yang berilmu telah mengasingkan duit kecemasan jangkapendek.

Penyimpan emas menyediakan duit simpanan kecemasan minimum 3 bulan pendapatan. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, penyimpan akan guna dana kecemasan yang disediakan tanpa perlu menjual emas. Emas? Sebolehnya penyimpan nak peram minima 3 tahun ke atas.

2) Penyimpan Emas Membeli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman

Penyimpan emas tahu, harga emas bergerak naik turun setiap masa. Maka.. Emas tak sesuai simpan hari ni, jual bulan depan. Maka… Penyimpan akan menabung emas menggunakan hasil duit bisnes, duit simpanan gaji bulanan dan bonus tahunan yang ada lebihan. Penyimpan emas berilmu tidak akan meminjam untuk menabung emas.

3) Penyimpan emas membeli emas untuk “Wealth Protection”

Penyimpan emas tahu, emas adalah duit dalam bentuk yang sukar bocor, bertahan lama dan bernilai sepanjang hayat. Jadinya, penyimpan menukarkan sebahagian wang tunai untuk melindungi duit simpanan daripada dibelanjakan oleh diri sendiri, melindungi dari kesan inflasi dan melindungi kekayaan daripada kesan keruntuhan sistem mata wang. Harga naik atau turun? Chill la!

4) Pantau harga emas jika perlu sahaja.

Mindset penyimpan emas yang berilmu adalah, harga tak penting. Yang penting, Pantau harga emas setiap hari memang boleh menganggu emosi dan sungguh memenatkan. Pelabur dan penyimpan melihat harga emas hanya waktu semasa mahu membeli emas dan menjual emas sahaja.

5) Menabung emas cuma perlu konsisten

Penyimpan emas yang berjaya tak perlu modal yang besar sebenarnya. Mereka cuma perlu konsisten menabung secara berkala dan berterusan. Mana-mana penyimpan emas yang bersikap konsisten dalam perjalanan membina tabungan, akan nampak hasilnya. Sikit-sikit? Pun boleh asalkan berterusan untuk melihat hasilnya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
www.wasap.my/60183912322/NakSimpanEmas

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *